25 August 2010

untaian indah pendeta wulan...

jarang sekali aku termenung,
mengatur langkah mematikan bicara,
jiwaku halus sesekali terusik dek angin,
aku mengikut kata hati,
bukan nafsu semata,
hari-hariku adalah cerita,
kisahku adalah cereka,
dan aku pencerita....
tarian pena itu rentakku,
menjadi irama dalam muzikku,
aku hanya mahu berdendang,
mengalun kata dan khalimat hatiku,
bentangkan aku sekeping kertas,
akan ku lenggokan bahasa jiwaku....

                

No comments: