29 December 2010

5 september 1988

tak ramai yang mampu menceritakan siapa diri mereka kepada semua...
termasuk saya.
menilai org melalui luaran mmg mudah tapi
utk mengenali seseorang dari dalaman adakalanya mengambil masa.
gaya bahasa,penampilan,cara berfikir dan mcm-mcm lg,semua tergolong dalam satu kelompok iaitu IDENTITI.
nm sebenar sy Nor Asean Bt Iskandar.
sy nk terbang tinggi,hidup bebas tapi
dalam masa yg sama,saya tak yakin.
sekarang sy sudah mula cuba berlari walaupun tak laju.
saya selalu berhenti-henti.Bukan sebab penat,tapi sebab saya
rasa saya harus toleh kejap kt belakang supaya sy tak lupa pada
asal usul saya....

~saya sgt menyayangi keluarga kecil saya dan saya sgt mencintai dia.Di sebabkan itu,sy mahu bawa mereka terbang sekali.Walaupun berat,sy akan dukung...

28 December 2010

pencarut terhebat

macam2 yg ada dalam otak,
segala anjakan mahupun unduran.
yang pasti,segala yang tersisa dan saki baki
masih ada untuk dirasai dengan segenapnya.
keadilan selalu direbut,untuk diguna pakai.
tapi yang hakiki tak pernah diutamakan.
manusia sering saja alpa....
dalam mendukung segala yang dicapai.
beban bukan lagi untuk dipikul,
tapi untuk dijadikan bahan dan misi utama
untuk menggapai apa yang direbut...

~ tak relevan

27 December 2010

LIMA perasaan SATU rasa

lalalalalalalalalal...
dah lama tak berjalan jauh macam ni.
hanya ada LIMA jumlah perasaan ketika ini;

1.Tenang
2.Senang
3.Bebas
4.Ringan
5.Kenyang ( makan dan lihat banyak stawberi smpai naik jemu dan nk termuntah)

kesemua perasaan ini bersamaan dengan satu rasa iaitu;

~ ENJOY~


ketenangan PLUS keboringan

hari ni jari-jemari ni laju pulak nak menulis sesuatu kat blog,
biasanya aku pemalas,harap je nak jadi penulis tapi pemalas nak taip.
aku dah balik kampung,hari kedua aku dah rasa boring.
mungkin sebab dah biasa dengan kebisingan di sekeliling.
biasanya kat hostel bangun je tido terus dengar suara-suara terpekik-pekik dari budak2 ni.
sekarang dah tak,bangun tido je ngadap muka adik aku yang x secomel aku ni.
huh.......
kat sana aku tenang.xde sape ganggu aku.tapi duk kt rumah ni satu je yang bes,
duk sini kerja aku cepat sikit siap.Mungkin sebab xde sape nak sembang dan ajak aku keluar kat sini.
haha.....
sekarang ni aku sibuk dengan novel awal remaja.Tinggal lagi beberapa helaian muka surat aje nak siap.Harap-harap bila dah siap,buku aku tu dapat diterbitkan...
buat kamu; doakan buku dari Asean Iskandar dapat diterbitkan ok... chow..

18 December 2010

blurrrr

Dah lama aku menghilang...
hari ni aku aku rasa sedikit bebas,puas dan lega.
sedar tak sedar aku dah habis sem satu...
tapi aku masih lagi kat sini,masih x balik2 kt kampung.
Tak tau nape sejak mulakan kehidupan kt sini aku rasa tenang..
mungkin ni dunia aku...
pape pun sekarang memang aku sibuk,sibuk nak mencipta satu lagi cerita.....
tunggu ok!

15 November 2010

bubucak?

Di penghujung waktu kuliah ni aku sering bergaduh dengan masa
tak sempat untuk berbicara seperti ini
helaian kertas dan batangan pen sering tak terlepas dari genggaman tangan
aku mencuri-curi masa untuk merasa bebas
berbual kosong dengan kalian memang permainan aku
apa yang aku harap sekarang hanya satu;

Moga aku cemerlang dan selesai dengan sempurna untuk peperiksaan buat pertama kalinya aku di ASWARA ini...amin...

tunggu aku!aku akan kembali untuk melakar ceritera baru buat kalian...

04 October 2010

gurindam dam dam..

da lama x tinjau blog...
aku da kembali ke kuliah,
kembali membuat tugasan,
kembali berkarya,
dan kembali mengutip masalah...

aku masih seperti biasa,
tidak banyak yang berubah,
walhal banyak sudah yang ku ungkap,
bicara kosong sendiri,
di dasar hati,
membuat andaian,
mengkaji tafsiran,
namun masih tak nampak perjalanan jalan,
yang di depan lurus atau bengkok?

.....mustahil atau tak pasti?
tak relevan andai masih celaru...

08 September 2010

lewat hari itu...

kemarin merdeka telah terlewat
hari ini ramadhan di tintaan hati
mungkin esok salam lebaran menjadi jujungan
hampir 22tahun aku hidup menakluk dunia
sore lalu aku jatuh tapi bangun semula
sesudah itu kalam hidup menjadi huma
aku rindu akan semua yang jauh di belakang
di depan hanya cubaan khayalan
ilusinasi menjadi igauan untuk aku maju ke lembah ilmuan
ayuh bantu aku agar aku terus kuat...

28 August 2010

setenang hari ini

tenang....hari ini aku puas!
keluar menghirup angin
merasa nikmat sangtuman sang bayu
sudah agak lama aku tidak melihat dunia
seakan-akan terduduk di jalanan sepi
semalam aku penat
hanya terkurung di kelompok pendeta
mereka juga ingin berjaya
moga esok dunia masih menerima aku                                           
agar segala tugas dapat ku selesaikan         


      
                                                                                                                                                                                                                                                

27 August 2010

hadiah buat ku...

dalam beberapa waktu ni
aku agak kesuntukkan
masih banyak tugas yang belum selesai
sampai kapan?entah....
aku tenang disini walaupun 'sakit'
fikiran ku seakan-akan berat
tergantung di rantingan
suara itu sering menganggu
menyilukan kepahatan dendanganku
pasrah dan redha bukan caraku
dalam membentuk fasa-fasa hidup
aku lelah...penat memikul bebana
moga aku tabah dalam meniti jambatan itu

25 August 2010

madu dan racun....

masa-masa kita bergitu nikmat
kau hadir entah bila
perlahan menapak mencuit hatiku
gelak dan tawaku datang dari kamu
sayu dan piluku banyak dari kamu
suaramu pengubat kerinduan
kau peneman sejati
kau pendengar setia
usah pergi tinggal aku sendiri
mari berdamping berkongsi segala agar kita kan sering terikat...                                                                                                        
                                      
                                                                   
                                                                                                                                                                                        
kira naimo,asean,ley gilo,bunda gemok
asean & ain
edd bengong & bella lion
kure2 kesayanganku


aku cinta kamo!

kau gila
kau bengong
kau pandir
kau jahat
gila dan bengong sebab kau selalu membuli aku
pandir dan jahat sebab kau selalu mengusik aku
gilamu membuat aku terkenangkanmu
jahatmu membuat aku terbayangkanmu
bila kau tiada aku merindu
pandanganmu memukau aku
bicaramu mengkakukan aku
kau lelakiku
kau kekasihku
kau pujanggaku
kau adamku
aku mahu kau menjadi hembusan kepada nafasku
aku mahu kau menjadi pelindung kepada ketakutanku
aku mahu kau menjadi degupan saraan nadiku
dan aku mahu kau untuk menjadi pelengkap bagi seluruh alam duniawiku....
adal & asean

ratu hatiku...

maaf andai aku tidak semolek yang kau mahu...
maaf andai bahasaku merobek hatimu...
maaf jika perbuatanku mengjengkelkanmu...
dan maaf seribu kali maaf jika aku tidak seperti yang kau inginkan...
kau sudah cukup melengkapkan aku...
kau sudah cukup membentuk aku...
kau limpahkan aku dengan kasihmu...
kau curahkan aku dengan ilmu mu...
cuma aku yang 'terlalai' kadangkala...
tapi percayalah...
tidak terjunjung sayangku padamu...
kau tiangku dan aku butuh kamu untuk semua waktu hidupku!
kami =)

bapak otai
mak terhebat

untaian indah pendeta wulan...

jarang sekali aku termenung,
mengatur langkah mematikan bicara,
jiwaku halus sesekali terusik dek angin,
aku mengikut kata hati,
bukan nafsu semata,
hari-hariku adalah cerita,
kisahku adalah cereka,
dan aku pencerita....
tarian pena itu rentakku,
menjadi irama dalam muzikku,
aku hanya mahu berdendang,
mengalun kata dan khalimat hatiku,
bentangkan aku sekeping kertas,
akan ku lenggokan bahasa jiwaku....

                

23 August 2010

terkaku...terlayu...

ingin saja aku teriak memberi tau dunia...
ingin saja aku terpekik memberi tau sang bayu...
jelmaan itu menganggu aku...
seolah-olah ingin aku...
pandanganku kabur...
aku lelah hingga tak bisa berhelah...
lepaskan aku...
biarkan aku pergi...
usah kau ungkap nostalgia itu...

20 August 2010

semalam dan hari ini..

hari ini aku memulakan kembali perjalananku,
ke tempat yang baru,
ke dunia yang baru,
dan membuat tugas yang baru...
aku ibarat pelarian,
berlari untuk berhenti,
dan berhenti untuk melihat,
sejauh mana kemampuanku dalam mencari erti hidup yang sebenar...

19 August 2010

tadahanku...

Saat mata tertutup,
Saat roh dan jasad terpisah,
Saat bintang bertemu bulan,
Saat diri di buai mimpi,
Saat siang bertukar malam,
Saat bibir berhenti berbicara,
Saat jari jemari ini mula meminta pena,
Tika itu lah hati terdetik,
Melafaz segala yang tidak terlafaz,
Meluah segala yang tidak terluah,
Agar apa yang ku coret,
Bisa kalian fahami….
Dan,
Tangan ini menadah untuk memohon,
Agar yang ‘di atas ‘merestui perjalanan kerjaya ku,
Amin……