29 March 2011

semakIn meNcIntaI dunIa peNULisan

Hari ni ASWARA buat satu seminar.
seminar sastera pelbagai kaum anjuran FAKULTI PENULISAN.
Pagi2 lagi dah kena bangun, mengantuk gler.
dari malam tadi aku terikir, seminar macam ni mesti bosan.
masuk aje dalam dewan, kami diarah pulak untuk duk depan, fuh! xblh r nak cabut lari.
mata aku melilau2 cari budak2 lain.
sebenarnya aku bersemangat pergi seminar ni sebab nak tengok AIN, ABI ngan YIN main wayang kulit.
tapi last2 xdapat tengok =(
pandangan aku serta merta berubah lepas tu.
bila menteri2 datang dan bila suara SYAHIDATUL kedengaran sbgai pengacara majlis, aku terus tergamam.
best gler suara dia, mmg harus dipuji...
tak sangka FAKULTI PENULISAN buat seminar sehebat ini.
ada persembahan tarian, sajak, dan muzik.
tapi dalam tu semua, ada sesuatu yg membanggakan aku;
ucapan-ucapan dari mereka semua =)

ucapan dari Pengerusi PERSPEKTIF, En, Goh Hin San yang mengatakan;
' bidang penulisan adalah sesuatu bidang yang sunyi dan sepi. Tetapi bidang penulisan juga adalah satu bidang yang menyatukan pelbagai kaum dan budaya '
~ aku jadi bersemangat dengar setiap baris ayt yang diperkatakan. Walaupun tidak lancar sebutannya, tapi susunan ayat yang dilemparkan, sangat memberi kesan kepada aku dan juga para penonton yg hadir (melihat melalui tepukkan dan sorakkan).

Tak ketinggalan juga ucapan daripada YB DATO' SERI UTAMA DR. RAIS YATIM yang berucap dan siap bermadah-madah lagi =). Tiap kata-kata yang diucapkan begitu rapi sekali. Pandai dia membentuk segumpalan emosi kepada para hadirin. Buktinya dapat dilihat pada reaksi orang kebanyakkan. Dengan bangga dia menyatakan hasratnya yg tinggi menggunung itu terhadap ASWARA, seakan-akan  YB mengetahui perbicaraan isi hati kami sebagai warga baru dalam pentas penulisan sastera.

Hari ini, apa yang terkunci dalam hati kami sebagai penulis, seolah-olah telah dibentangkan kepada umum.
Dan aku pulak, akan terus mencari peluang mencuri masa agar dapat membina sejumlah naskah yg BERKUALITI  buat bacaan semua.

'Harus jujur dalam berkarya'

******doakan kejayaan aku.AMIN.....

28 March 2011

arrrhhhh...siot!

hari yg paling jahanam.
pagi2 lagi aku dah susahkan adal ngn abang.
sebabkan tak tahan sakit dan satu malam xdapat tido, diorang sanggup bwk aku g hospital walaupun pd akhirnya pergi klinik aje =p
hari ni 3 kelas aku ponteng (dapat MC la)
yg paling menyesal, sbb aku terpaksa ponteng kelas FAISAL TEHRANI.
fuh....
hari ni aku berpeluh2, muntah2, sakit pale yg amat!
walaupun keadaan diri yg tak stabil, tapi ada satu perkara yg menggembirakan aku;
PRIA SAKTI aku tak degil pon hari ni.
dia jaga aku. Yang paling kelakar, first time dia buatkan aku kopi panas.
SEDAP SANGAT! huihuihui...

adal......nak peluk.
edd......nak peluk jugakkkk....=(


...dalam botol

filem ialah PICTURE n SOUND
~ dalam filem mesti ada SUBTEKS yang harus dituju untuk penonton.
sebagai anak seni yang baru hendak mula menapak,
aku mengangkat tinggi cerita ANU DALAM BOTOL.

'DRAMATIC IRONY'  
(apa yg penonton tahu tetapi tdk diketahui oleh pelakon)

ayat pertama yg terkeluar dari fikiran sewaktu 15 minit pertama menonton filem ni.
permulaan cerita memang 'slow'.
tapi bagi aku, kekuatan cerita ni melalui
BAHASA TUBUH dan PENJIWAAN EMOSI PELAKON itu sendiri.

DAN

Kelebihan cerita ni berbanding dengan cerita2 lain pulak dapat dilihat pada kreativiti pengarahnya, KHIR RAHMAN.
Harus dipuji sebab dia pandai mewujudkan satu revolusi baru dalam dunia perfileman > PLOT MOTIVATED; what happen in the mind of the character.

sebagai contoh, aku suka sangat babak pengakhiran cerita ni; 
cara si ibu memberitahu anak yang perkahwinannya tdk akan berlangsung. Hanya dengan cara pelukkan, si anak sudah memahami semuanya.

skrip?
sangat sempoi.Macam cara bercakap di rumah.

pelakon?
permilihan yang sangat tepat.

jalan cerita?
mudah difahami.

*****manusia memang tak pernah lari dari kesilapan.Seburuk2 manusia, pasti akan ada jalan untuk dipilih.Samaada mahu berhenti, memikir hal hukum karma atau meneruskan sahaja, berjalan dengan kekesalan yang tidak bernoktah.








26 March 2011

marI berpacaRan


yuuhuuu....
hari-hari kami berborak.
bertanya itu ini.
bertahun sudah kasih terjalin.
menyimpan baik gelora hati.
zaman muda mudi, menjadi saksi.
kepada dua hati yang hanya menunggu masa.
~ malam ni nak pergi dating.
rindunyer saat2 begini =p
 

rIndUnyer kaT maK!


****** Mak...
dah lama kite tak bersua.
dah lama tak makan masakkan mak.
dah lama tak cium pipi mak.
dah lama tak salam tangan mak.
****** Mak...
angah rindu kat mak.
serius!...
hari tu angah mimpikan mak.
semalam angah teringatkan mak.
hari ni angah rasa nak jumpa mak.
******Mak...
sekarang angah dah semakin besar.
dah dapat diploma, dah gread dah pun.
sekarang tengah ambik degree.
******Mak....
mak macam mana sekarang?
mak sehat?
mak pening2 kepala lagi tak?
mak dah makan hari ni?
mak rindu angah tak?
dah lama tak tido dengan mak.
dah lama mak tak peluk angah.
dah lama mak tak sikatkan rambut angah.
dah lama mak tak membebel.
dah lama mak tak suruh g kedai, beli barang.
dah lama tak dengar mak sebut 'ANGAH...'

******Mak...
kenapa kita tak macam orang lain.
kenapa kita tak akrab.
kenapa kita tak rapat.
sedangkan mak dan angah saling ada, saling dekat.
kenapa kita berdua tenggelam,
tenggelam dan tersisih di celah2 orang kebanyakkan....
sedangkan angah MASIH PUNYA mak dan
mak MASIH ADA ANGAH......

I LOVE U MAK.....

24 March 2011

seharian ITU!

SELEPAS;
~ Malam tadi, aku melepak lagi.
Bersama kawan-kawan dan adal.
Seperti biasa, aku dan mereka masih lagi mampu bergelak riang.

SEBELUM;
~ Balik kelas, di sebabkan aku terlalu boring aku hang out.
berjalan-jalan melihat pelbagai ragam dan jualan.
mata aku tertumpu pada sesuatu.
Oleh kerana aku terlalu menyayangi PRIA SAKTI,
aku membeli sesuatu buat DIA dan AKU.
~ Tapi,apa yg bermain di fikiran tidak menjadi.
PRIA SAKTI aku merajuk, marah2 sebab aku keluar. Aku bengang sangat sebab dia marah tanpa alasan dan sebab yang tidak munasabah sampai aku halau dia. (tanpa niat)
Eeeee! sakit hati giler tengok dia macam tu. DEGIL! DEGIL GILER BABI!
mengalahkan KEDEGILAN aku dengan adal.
~ Tempoh 1 JAM. akhirnya dia datang balik mencari aku.
Dengan menggunakan ayat pertama iaitu,' bolehkah kita berbaik semula'?
....uurrrmmmmmm aku pun apa lagi, terus berlembut hati. KAMI MEMEGANG TANGAN DAN KERETA YANG DIA PANDU TERUS MEMECUT LAJU, MERASA KEDAMAIAN MALAM YANG SEAKAN MEMAHAMI GURINDAM JIWA KAMI.

*****pengajaran;

AKU: harus selalu memberi peluang.

PRIA SAKTI: harus pandai mengawal emosi

TOIN..TOIN...

21 March 2011

lega

11:38 pm. sekarang aku dah kat bilik.
balik aje dari kelas tadi, aku terus g makan.
lapa giler, badan sampai menggeletar tadi.
huh!... perkara kat kelas tadi buat aku bingung.
tapi lepas aje aku luahkan pada EDD dan UMIE,
aku rasa lega, puas dan gembira.


~ aku suka dengan satu ayat ni; 
'kiteorang kenal ko macam mn. Jgn risau, kiteorang selalu ada dengan ko'


harus diam atau tidak?

~ hari ni aku masih meneruskan kehidupan seperti biasa.
Pergi kelas, jumpa kawan-kawan, lepak sama2.
TAPI....
ada sesuatu yang membuat aku agk terkilan.
jarang aku seperti ini. Meluah dengan cara yang begitu pantas sebab aku tau, aku mampu
menyimpan RASA MARAH dengan baik dan rapi.
tapi kali ni aku kalah. Sekarang 21 march 2011, isnin 8:12 minit malam, aku dalam kelas.
melihat keadaan sekeliling yang padat dgn karenah kawan-kawan, sekaligus  membuatkan aku harus
memandang kepada suatu sudut.
 DIA...
dia bukan sesiapa.
bukan musuh.
bukan kawan.
bukan lawan.
tapi baru sebentar, dia telah membangkitkan emosi aku.
Setiap manusia di muka bumi ini sudah pasti pernah membuat satu kesilapan yg mereka
sendiri tidak sedari.
Bukankah hidup ini harus diberi RUANG dan PELUANG?
Kalau aku sekarang sudah tdk mengganggu dia,
mengapa dia harus menganggu aku?
mengapa hrus menjaja bicara ke sana ke mari?
sedang aku menutup baik segala yg BURUK tentang dia.
tidak pernah sekali terlintas untuk mengaibkan dia
kerana aku tahu menutup apa yang patut ditutup.
dan kerana aku tahu melindung segala yang harus dilindung.
segala yang pernah dia buat padaku,
telah jauh berkelana. Tiada sebarang unsur dendam.
Pandangan orang, aku tidak mampu menahan.
Pasti ramai yg menunding jari ke arah aku.
tak apa....
aku sentiasa memujuk hati sendiri agar tdk merajuk kerana aku tahu,
masih ramai yang berdiri kuat di pihakku.
mereka selalu menenangkan aku.
dan yang pasti buat si CINTA...
 Terima kasih kerana masih berada di sisi.
> buat kalian yg mengenali diri ini, aku masih seorang manusia biasa yg memerlukan petunjuk dan sokongan....~


 

20 March 2011

~ Bawang putih, bawang merah, bawang besar ~


~ pertama kali aku cuba menghasilkan 1 filem pendek yang tiada  sebarang unsur didaktik.
.... hasil tulisan yang dah lama terbiar, akhirnya skrip tu aku angkat menjadi sebuah elemen visual utk tontonan suka suki masyarakat.
.... cerita selama 16 minit ini hasil aku terbitkan dengan bantuan L.M production.
.... terima kasih yg tidak terhingga kepada sesiapa sahaja yg terlibat menjayakan cerita komedi ini =)

pelakon
~ Ain Norami sbgai Bawang Besar
~ Kak Sah sbagai Ibu
~ Norasila Laily sbagai Bawang Merah
~Asean Iskandar sbagi Bawang Putih

.....trimas semua

Cak?

holla...
dah lama tak bukak blog.
ntah nape, hrp aje bdk penulisan tapi xsuka menulis.
....tutttt...tutt...
kehidupan?
~ okey! lagi2 hidup dgn kwn2 ostel yg sgt memahami.Setiap hari, aku mesti akan tergelak + tersenyum + gembira.
cinta?
~ em... sgt membahagiakan. Selepas 16/03, anniversary. I LOVE U sgt2 kt adal =)
pelajaran?
~ usah ditanya. kepelbagaian tugasan kuliah sdg menghimpit!
keluarga?
~ hari2 teringat mereka. Oh ya, buat saudara mara di Kuantan, air yg dicincang tak kan putus.

.....moga kehidupan saya, akan lebih terurus dgn sokongan kwn2 dan CINTA saya....