17 June 2011

buat kamu bertiga.

EDD

kau
selalu tak faham apa aku maksudkan.
bc msg aku betul2.
kalau aku ckp kau buta, kau marah.
kalau aku ckp kau tak pandai bc, kau cerdik.
aku penat,ya!mmg aku pnt.
tp aku tak suruh ksu jd kuli untk heppykn aku.
kau SALAH FAHAM!!!!!
aku anta msg,
kau jwp "hm,ok,k,hmmm"
cube kalau aku bls mcg kau cm tu?
kau bengang kan???
kau tak boleh bls elok2???
mcm org normal.
itu yg aku maksudkan, kalau aku msg tak pyh nk sentap2.
kau tak tau kehidupan aku kt sini mcm mn aku pun tak tau kehidupan kau.
kau, ada orang masakkan.
tp aku ada?adik aku ada?
jd itu semua urusan yg perlu aku lakukan.
aku punya bapak dan aku adalah anak yg WAJIB menolong uruskan kerja2 dia yg sememangnya bukan KERJA AKU.
aku kehulur kehilir.
tak macm kau.
sekurang-kurangnya,
kau ada keluarga yg tak perlukan bantuan kau utk uruskan kerja2 mereka.
kau anak bongsu.
aku dgn kau, aku lebih bnyak tanggungjwb dari keluarga.
aku kwan kau,
jd tak usah kau nak cakap mcm tu kt aku,
kau sentap dgn aku,
BLOG tmpat kau luah hari-harian.
tapi AKU???
jngnkan blog, nk on9 pun aku tak punya waktu.
jauh lebih bnyk dr kau.
sayangnya...kau tak mampu FAHAM akan ITU.
YE! aku  berjanji,
tp tak seharusnya aku perlu terikatkan diri aku dgn janji2 tu smpai aku terpaksa berpura2.

sayang sekali.....
dan aku nak cakap lagi,
hari itu (kt  MID)
hari ini dan mungkin esok....
kau tetap membuktikan yg AKU LEBIH SYG KAU BERBANDING KAU SYG AKU.
tq yah!!!!
dan seperti kau cakap, AKU MENYAYANGI ORG DENGAN CARA KASAR.ITU AKU.

PAPEPUN...
aku syg kau...
syg sangat2...
sangat2...
kau pengkid aku.
SELAMANYA.

walau beribu pergaduhan antara aku dan kau...
aku tetap syg kau!
kau manusia yg terindah yg dianugerahkan buat aku.


UMI YG SANGAT AKU SYG DAN RINDU

AKU jrg mintak tolong kau...
tp kali ni aku nak mintak tlg.
TLG JNGN ANGGAP YANG AKU TAK FIKIR PASAL KAU.
AKU LEBIH BANYAK BERFIKIR PASAL KAU BERBANDING DIRI SENDIRI.
pasal umah...
aku satu-satunya manusia yg tak boleh lena pikir psal kau.
aku risaukan kau.
PERTANYAAN AKU BARANGKALI MENYAKITI KAU
tapi itu cara aku.
kalau kau kenal aku, kau tak ptt sentap.
aku dah lepas pasal umah.tapi aku hr2 pikir dan tanya kat kau.
aku membuka luas2 pertolongan hanya utuk kau.
aku tahu kau susah,
dan susah kau susah aku jugak.
kita kawan, cubit peha kanan, kiri juga terasa.

dalm persahabatan, aku tak pandai ckp maaf sebab aku terlalu menyayangi kau dan mereka yg lain....
UNMA, buat pertama kali...
nak ckp aku les pun tak kisah.
I LOVE U untuk kau.

KEKURAKU...

NAD...
tq sebab selalu ada di celah2 kami bertiga.
untuk kau, aku tak tahu nak cakap pe sebab aku tahu.
kau pandai jg diri dan pandai berfikr...
terima ksh lagi.

.......aku tau kau kuat.
barangkali kekuatan kau hadir bila tgk kwan2 kau lemah...
itu aku pasti tentang kau.
kau the best!
aku syg kau.
tdak pernah berkurang perasaan itu.

02 June 2011

ok fine

aku sayang kau...
pape pun...
kurangkan emosi ITU.
kerana ia selalu membunuh hubungan kita.

TUT...
juga buat kalian2 yg lain...
nor asean syg kamu!

unmakekurebaby

jgn nak MEMPERTIKAIKAN dia

Kau...KAU..kau ATAU sesape sahaja
jangan HENDAK mempertikaikan DIA.
hari2 aku dengan kau. TUT!
kenapa KAU nak marah,
kenapa kau nak touching,
kenapa kau nak SENTAP???
hari dating aku dgn dia.....
aku TAK PERNAH MENGIYAKAN sesuatu,
dan kalau aku tak MENGIYAKAN hari atau sesuatu hal itu
bermakna...
SUKA ht akulah nak ada atau tidak.
aku ada hal dan sebab sendiri.
so kenapa????
Aku tak dtg pada hari penting tu tak bermakna aku tak syg kwn2 aku.
dan...
PERLU KE AKU CAKAP???
hari aku bersama dia, jangan GANGGU!

lagi satu....emmmm DIA segala-galanya.
tak pernah berubah utk aku utamakan org lain.
aku jarang dengan dia..
so....take note....
jangan HENDAK BUAT ANDAIAN SENDIRI.
masa dgn kawan2 lain.
hari2 aku utamakan kwan2
cume seminggu sekali aku utamakan dia.
so salah ke???


09 May 2011

mek mulung > malim bongsu







6 & 7 mei 2011

dah dua minggu aku tak bukak laptop.
BUZY sesangat...
tiap2 hari blik ostel kul 10mlm.
habis kelas, g training.
MEK MULUNG?
tak tau nak cakap ape..
dulu, ms tgh training macam2 aku pikir.
penat + malas = tak suka.
produksi kami tunggang langgang.
semua gaya tak berpuas hati.
ada yg marah2, ada yg cerewet, ada yg x buat keje...
satu hari tu, smpai bergaduh.
paling sedih, adam ngn ila bergaduh disebabkan rambut palsu je.
tapi aku tau, masing2 punya alasan sendiri.
AKU? 
hanya menjadi pemerhati.
pemerhati kepada sikap kebudak-budak kan mereka semua.
aku enjoy sebenarnya dengan mek mulung.
menjadi penari dan pelakon dalam produksi ni 
memang sesuatu yg indah bg aku.
benar2 membawa satu pengalaman yg baru buat aku.
aku kan bdk penulisan.
selalunya hanya pena yg menari2.
tp kali ni, pentas itu  memerlukan aku sebagai slh seorang utk menari.
yang keduanya aku heppy sebab dapat jadi inang.
group inang2 mmg best.
ADAM, ABE, SYA, PUTERI, SHILA
diaorang semua pandai mengecohkan keadaan =)
tapi yg paling aku nak pada waktu tu,
bapak, mak,along,abang,nini ngan adal akan dtg.
memang itu yg hari2 aku harapkan sebelum hr show bermula.
bapak dah janji nk dtg hr pertama.
aku heppy sangat.
kalau boleh aku xnak rasa perasaan yg sama wktu diploma dulu.
hari konvo aku, bpk xdtg...
pukul 4: 19 ptg, 6 mei.
masa tgh make up2.
aku telefon bpk, aku gembira sangat dengar ayat bpk mcm ni;
' bpk dtg lmbat skit nak. tp bpk mesti dtg tgk angah'
masa tu aku bersemangat nak siap cpt2 biar boleh g luar jumpe bpk sebelum show mula.
TAPI....
tak lama lpas tu, along msj, dia kata bapak x dtg....
SAMPAI HATI BAPAK......NAPE X DTG TGK ANGAH...
aku sedih giler...tp aku pujuk hati aku.
aku tpn adal,nak sedapkan ht.
adal kate bpk mungkin bz....
ye...bpak bz, dan dia akan selalu bz...sampailah hari terbesar dlm hidup
aku..mungkin bpk tak kan berhenti BZ.....
hari pertama show aku cube wt yg terbaik.
alg,abg, nini ngn adik2 yg lain dtg.
bebrapa mnt show nk mula,
aku mengintai2 belakang pentas.
aku cari alg....
aku senyum, nampak along ngn abg cari tempat duduk.
diorang ddk tengah2.
tp aku masih nak bapak turut ada, duduk sama utk tengok aku....
TAPI........
7 mei 2011 malam kedua.
Mak kate malam ni dia nak dtg...
adal pun nak dtg...
yahoo =)
TAPI.....
ptg 2 mak tepon;
'angah, mak  x dapat datanglah nak....'

OH....ok.........................................................................................................................
ok mak.................................angah tak akan marah.......kot.....

adal...mak xdtg.....
'mak bz lah tu, xpe...kan adal dtg tengok cyg. Jangan sedih ye'

ok ADAL. cyg TAK KAN sedih.
tapi adal dtg kan??kan?? xlambat kan?

aku tak tau nk cakap pe.
nak ckp mcm mn.
xtau nak blas pe kepada susunan ayat2 mak tu.
yang aku tau, aku akan tunggu...
tp tak nak tunggu mak dah...
tunggu adal je...
tunggu adal..
adal dtg kn?
ye adal dtg......
aku gembira sebab aku rase, adal pun lebih kurang macam mak.
dia pun jg aku, macam mak dan kdg2 lebih dari bapak jg aku.
tq adal....
sebab mampu juga buat asean senyum walau separuh senyuman ini hanya pura2
pertama; utk melengkapkan syarat yg di tetpkan cikgu, PENARI WAJIB SENYUM.
kedua; sebab adal dtg tgk asean
ketiga; sebab nak pujuk ht sendiri......


tq juga buat EDD,UMI dan kwan2 bilik lain...sebab dtg.....=)






22 April 2011

rasa HENDAK bertumbuk

BORINGNYERRR
blaja degree kdg2 bosan.
kdg2 ada terfikir, tak lah susah mana.
tapi kdg2 pun ada terfikir, susahnya amik degree.
PSIKO KAN?
tapi, ni pilihaan aku...
walaupun ia KEHENDAK keluarga.
penulisan bidang aku...
aku cinta PERASAAN BEKARYA.
cuma...
kelas2 sampingan yg lain, buat aku TAK SUKA.
harus belajar sejarah?
harus belajar tamadun?
harus belajar menari?
harus belajar menyanyi?
MUNGKIN harus!
Oh lupa....
untuk anak SENI dan untuk org yg CINTAKAN seni,
ianya adalah harus.
sesuatu yg harus TANPA pilihan...
ASEAN, go....


20 April 2011

degil lagi

RASE2nyer...
dia  berubah tak?
macam tak je...
aku tak minta dia berubah utk aku.
Aku minta dia berubah utk dia,
utk diri sendiri...

tak pelah...aku dah semakin merajuk,
makan hati...

Zzzzzz

16 April 2011

kami bermalam lagi

HARI NI,
MALAM NI,

aku berjaga lagi.
dengan kawan-kawan yg sama2 
berperang dengan kesesakkan assigment.

HARI NI,
MALAM NI,

aku makan lagi,
menggemukkan badan yg
sememangnya sudah gemuk ;p

HARI NI,
MALAM NI,

EDD merajuk lagi.
ntah nape.
ADAL? baru pas tepon dia =)

APA APA PUN,
MALAM NI,
HARI NI,

aku nak bergembira lagi dengan semua YANG AKU SAYANG





14 April 2011

mALam ni

malam ni,
rindunyerrr kat dia.

malam ni,
asyik teringat dia.

malam ni,
malam yang banyak nyamuk.

malam ni,
malam yang bz,

malam ni,
malam yang bayak assgment.

malam ni,
malam yang damai,

tapi....
malam ni,
malam lain,
malam indah,
sebab...

aku beragan-angan dengan kamu,
nak try pakai baju pengntin,
 sebab aku tak sabar nak kahwin dengan kamu.

ADAL

SAYA SAYANG AWAK.





13 April 2011

edd luigi... maaf ;(

SORRY
sebab selalu biarkam kamu tertunggu2 aku

SORRY
sebab selalu beremosi sejak lewat waktu ini

SORRY
sebab biarkan kamu tido bawah

SORRY 
sebab buat kamu menangis lagi utk entah yg kali keberapa

SORRY
sorry
SORRY
sorry

SAYANG!


12 April 2011

bersama MaKhlUk pErosak!

PaGI jahanam

kelas PENULISAN  DRAMA PENTAS...
Kami bertiga aja yg datang. 

HINAKNYA!

masalah pelajar yg tdk BERTAMADUN
contoh situasi;

kuliah TITAS (7-9 malam)

PENSYARAH: Kelas pukul 7. Pukul 8 baru datang?

PELAJAR: Maaf prof. Jalan jam.

********

PELAJAR: Prof, dah pukul 9 la. 

PENSYARAH: ?????


::: datang lewat, xde hal.
::: balik lewat, banyak hal








maaf SAYANG!

maaf
kerana terlalu manja dengan kamu.

maaf
kerana selalu mengganggu kamu.

maaf
kerana selalu minta itu ini.

maaf
kerana hari-hari bermesej kamu.

maaf seribu kali maaf
kerana mencari pasal dengan kamu.

saya begitu kerana

SAYA TERAMAT MENYINTAI KAMU...





29 March 2011

semakIn meNcIntaI dunIa peNULisan

Hari ni ASWARA buat satu seminar.
seminar sastera pelbagai kaum anjuran FAKULTI PENULISAN.
Pagi2 lagi dah kena bangun, mengantuk gler.
dari malam tadi aku terikir, seminar macam ni mesti bosan.
masuk aje dalam dewan, kami diarah pulak untuk duk depan, fuh! xblh r nak cabut lari.
mata aku melilau2 cari budak2 lain.
sebenarnya aku bersemangat pergi seminar ni sebab nak tengok AIN, ABI ngan YIN main wayang kulit.
tapi last2 xdapat tengok =(
pandangan aku serta merta berubah lepas tu.
bila menteri2 datang dan bila suara SYAHIDATUL kedengaran sbgai pengacara majlis, aku terus tergamam.
best gler suara dia, mmg harus dipuji...
tak sangka FAKULTI PENULISAN buat seminar sehebat ini.
ada persembahan tarian, sajak, dan muzik.
tapi dalam tu semua, ada sesuatu yg membanggakan aku;
ucapan-ucapan dari mereka semua =)

ucapan dari Pengerusi PERSPEKTIF, En, Goh Hin San yang mengatakan;
' bidang penulisan adalah sesuatu bidang yang sunyi dan sepi. Tetapi bidang penulisan juga adalah satu bidang yang menyatukan pelbagai kaum dan budaya '
~ aku jadi bersemangat dengar setiap baris ayt yang diperkatakan. Walaupun tidak lancar sebutannya, tapi susunan ayat yang dilemparkan, sangat memberi kesan kepada aku dan juga para penonton yg hadir (melihat melalui tepukkan dan sorakkan).

Tak ketinggalan juga ucapan daripada YB DATO' SERI UTAMA DR. RAIS YATIM yang berucap dan siap bermadah-madah lagi =). Tiap kata-kata yang diucapkan begitu rapi sekali. Pandai dia membentuk segumpalan emosi kepada para hadirin. Buktinya dapat dilihat pada reaksi orang kebanyakkan. Dengan bangga dia menyatakan hasratnya yg tinggi menggunung itu terhadap ASWARA, seakan-akan  YB mengetahui perbicaraan isi hati kami sebagai warga baru dalam pentas penulisan sastera.

Hari ini, apa yang terkunci dalam hati kami sebagai penulis, seolah-olah telah dibentangkan kepada umum.
Dan aku pulak, akan terus mencari peluang mencuri masa agar dapat membina sejumlah naskah yg BERKUALITI  buat bacaan semua.

'Harus jujur dalam berkarya'

******doakan kejayaan aku.AMIN.....

28 March 2011

arrrhhhh...siot!

hari yg paling jahanam.
pagi2 lagi aku dah susahkan adal ngn abang.
sebabkan tak tahan sakit dan satu malam xdapat tido, diorang sanggup bwk aku g hospital walaupun pd akhirnya pergi klinik aje =p
hari ni 3 kelas aku ponteng (dapat MC la)
yg paling menyesal, sbb aku terpaksa ponteng kelas FAISAL TEHRANI.
fuh....
hari ni aku berpeluh2, muntah2, sakit pale yg amat!
walaupun keadaan diri yg tak stabil, tapi ada satu perkara yg menggembirakan aku;
PRIA SAKTI aku tak degil pon hari ni.
dia jaga aku. Yang paling kelakar, first time dia buatkan aku kopi panas.
SEDAP SANGAT! huihuihui...

adal......nak peluk.
edd......nak peluk jugakkkk....=(


...dalam botol

filem ialah PICTURE n SOUND
~ dalam filem mesti ada SUBTEKS yang harus dituju untuk penonton.
sebagai anak seni yang baru hendak mula menapak,
aku mengangkat tinggi cerita ANU DALAM BOTOL.

'DRAMATIC IRONY'  
(apa yg penonton tahu tetapi tdk diketahui oleh pelakon)

ayat pertama yg terkeluar dari fikiran sewaktu 15 minit pertama menonton filem ni.
permulaan cerita memang 'slow'.
tapi bagi aku, kekuatan cerita ni melalui
BAHASA TUBUH dan PENJIWAAN EMOSI PELAKON itu sendiri.

DAN

Kelebihan cerita ni berbanding dengan cerita2 lain pulak dapat dilihat pada kreativiti pengarahnya, KHIR RAHMAN.
Harus dipuji sebab dia pandai mewujudkan satu revolusi baru dalam dunia perfileman > PLOT MOTIVATED; what happen in the mind of the character.

sebagai contoh, aku suka sangat babak pengakhiran cerita ni; 
cara si ibu memberitahu anak yang perkahwinannya tdk akan berlangsung. Hanya dengan cara pelukkan, si anak sudah memahami semuanya.

skrip?
sangat sempoi.Macam cara bercakap di rumah.

pelakon?
permilihan yang sangat tepat.

jalan cerita?
mudah difahami.

*****manusia memang tak pernah lari dari kesilapan.Seburuk2 manusia, pasti akan ada jalan untuk dipilih.Samaada mahu berhenti, memikir hal hukum karma atau meneruskan sahaja, berjalan dengan kekesalan yang tidak bernoktah.








26 March 2011

marI berpacaRan


yuuhuuu....
hari-hari kami berborak.
bertanya itu ini.
bertahun sudah kasih terjalin.
menyimpan baik gelora hati.
zaman muda mudi, menjadi saksi.
kepada dua hati yang hanya menunggu masa.
~ malam ni nak pergi dating.
rindunyer saat2 begini =p
 

rIndUnyer kaT maK!


****** Mak...
dah lama kite tak bersua.
dah lama tak makan masakkan mak.
dah lama tak cium pipi mak.
dah lama tak salam tangan mak.
****** Mak...
angah rindu kat mak.
serius!...
hari tu angah mimpikan mak.
semalam angah teringatkan mak.
hari ni angah rasa nak jumpa mak.
******Mak...
sekarang angah dah semakin besar.
dah dapat diploma, dah gread dah pun.
sekarang tengah ambik degree.
******Mak....
mak macam mana sekarang?
mak sehat?
mak pening2 kepala lagi tak?
mak dah makan hari ni?
mak rindu angah tak?
dah lama tak tido dengan mak.
dah lama mak tak peluk angah.
dah lama mak tak sikatkan rambut angah.
dah lama mak tak membebel.
dah lama mak tak suruh g kedai, beli barang.
dah lama tak dengar mak sebut 'ANGAH...'

******Mak...
kenapa kita tak macam orang lain.
kenapa kita tak akrab.
kenapa kita tak rapat.
sedangkan mak dan angah saling ada, saling dekat.
kenapa kita berdua tenggelam,
tenggelam dan tersisih di celah2 orang kebanyakkan....
sedangkan angah MASIH PUNYA mak dan
mak MASIH ADA ANGAH......

I LOVE U MAK.....

24 March 2011

seharian ITU!

SELEPAS;
~ Malam tadi, aku melepak lagi.
Bersama kawan-kawan dan adal.
Seperti biasa, aku dan mereka masih lagi mampu bergelak riang.

SEBELUM;
~ Balik kelas, di sebabkan aku terlalu boring aku hang out.
berjalan-jalan melihat pelbagai ragam dan jualan.
mata aku tertumpu pada sesuatu.
Oleh kerana aku terlalu menyayangi PRIA SAKTI,
aku membeli sesuatu buat DIA dan AKU.
~ Tapi,apa yg bermain di fikiran tidak menjadi.
PRIA SAKTI aku merajuk, marah2 sebab aku keluar. Aku bengang sangat sebab dia marah tanpa alasan dan sebab yang tidak munasabah sampai aku halau dia. (tanpa niat)
Eeeee! sakit hati giler tengok dia macam tu. DEGIL! DEGIL GILER BABI!
mengalahkan KEDEGILAN aku dengan adal.
~ Tempoh 1 JAM. akhirnya dia datang balik mencari aku.
Dengan menggunakan ayat pertama iaitu,' bolehkah kita berbaik semula'?
....uurrrmmmmmm aku pun apa lagi, terus berlembut hati. KAMI MEMEGANG TANGAN DAN KERETA YANG DIA PANDU TERUS MEMECUT LAJU, MERASA KEDAMAIAN MALAM YANG SEAKAN MEMAHAMI GURINDAM JIWA KAMI.

*****pengajaran;

AKU: harus selalu memberi peluang.

PRIA SAKTI: harus pandai mengawal emosi

TOIN..TOIN...

21 March 2011

lega

11:38 pm. sekarang aku dah kat bilik.
balik aje dari kelas tadi, aku terus g makan.
lapa giler, badan sampai menggeletar tadi.
huh!... perkara kat kelas tadi buat aku bingung.
tapi lepas aje aku luahkan pada EDD dan UMIE,
aku rasa lega, puas dan gembira.


~ aku suka dengan satu ayat ni; 
'kiteorang kenal ko macam mn. Jgn risau, kiteorang selalu ada dengan ko'


harus diam atau tidak?

~ hari ni aku masih meneruskan kehidupan seperti biasa.
Pergi kelas, jumpa kawan-kawan, lepak sama2.
TAPI....
ada sesuatu yang membuat aku agk terkilan.
jarang aku seperti ini. Meluah dengan cara yang begitu pantas sebab aku tau, aku mampu
menyimpan RASA MARAH dengan baik dan rapi.
tapi kali ni aku kalah. Sekarang 21 march 2011, isnin 8:12 minit malam, aku dalam kelas.
melihat keadaan sekeliling yang padat dgn karenah kawan-kawan, sekaligus  membuatkan aku harus
memandang kepada suatu sudut.
 DIA...
dia bukan sesiapa.
bukan musuh.
bukan kawan.
bukan lawan.
tapi baru sebentar, dia telah membangkitkan emosi aku.
Setiap manusia di muka bumi ini sudah pasti pernah membuat satu kesilapan yg mereka
sendiri tidak sedari.
Bukankah hidup ini harus diberi RUANG dan PELUANG?
Kalau aku sekarang sudah tdk mengganggu dia,
mengapa dia harus menganggu aku?
mengapa hrus menjaja bicara ke sana ke mari?
sedang aku menutup baik segala yg BURUK tentang dia.
tidak pernah sekali terlintas untuk mengaibkan dia
kerana aku tahu menutup apa yang patut ditutup.
dan kerana aku tahu melindung segala yang harus dilindung.
segala yang pernah dia buat padaku,
telah jauh berkelana. Tiada sebarang unsur dendam.
Pandangan orang, aku tidak mampu menahan.
Pasti ramai yg menunding jari ke arah aku.
tak apa....
aku sentiasa memujuk hati sendiri agar tdk merajuk kerana aku tahu,
masih ramai yang berdiri kuat di pihakku.
mereka selalu menenangkan aku.
dan yang pasti buat si CINTA...
 Terima kasih kerana masih berada di sisi.
> buat kalian yg mengenali diri ini, aku masih seorang manusia biasa yg memerlukan petunjuk dan sokongan....~


 

20 March 2011

~ Bawang putih, bawang merah, bawang besar ~


~ pertama kali aku cuba menghasilkan 1 filem pendek yang tiada  sebarang unsur didaktik.
.... hasil tulisan yang dah lama terbiar, akhirnya skrip tu aku angkat menjadi sebuah elemen visual utk tontonan suka suki masyarakat.
.... cerita selama 16 minit ini hasil aku terbitkan dengan bantuan L.M production.
.... terima kasih yg tidak terhingga kepada sesiapa sahaja yg terlibat menjayakan cerita komedi ini =)

pelakon
~ Ain Norami sbgai Bawang Besar
~ Kak Sah sbagai Ibu
~ Norasila Laily sbagai Bawang Merah
~Asean Iskandar sbagi Bawang Putih

.....trimas semua

Cak?

holla...
dah lama tak bukak blog.
ntah nape, hrp aje bdk penulisan tapi xsuka menulis.
....tutttt...tutt...
kehidupan?
~ okey! lagi2 hidup dgn kwn2 ostel yg sgt memahami.Setiap hari, aku mesti akan tergelak + tersenyum + gembira.
cinta?
~ em... sgt membahagiakan. Selepas 16/03, anniversary. I LOVE U sgt2 kt adal =)
pelajaran?
~ usah ditanya. kepelbagaian tugasan kuliah sdg menghimpit!
keluarga?
~ hari2 teringat mereka. Oh ya, buat saudara mara di Kuantan, air yg dicincang tak kan putus.

.....moga kehidupan saya, akan lebih terurus dgn sokongan kwn2 dan CINTA saya....


20 February 2011

sekali sekala...

hari ni hari yg paling sempoi =)
bila aku beraksi nakal,
yang biasa akan jadi pelik.

VIDEO KLIP PARODY;

arahan ain chelsea
d.o.p ~ eeka azmi
konti ~ edd luigi dan miylo meow
prop ~ amirul yusof ( abe)
de making ~ memei moyiko

penari/pejoget/pegelek;

~tj bayu
~aku sendiri (asean iskandar) hahaha



10 February 2011

kebosanan membangkit emosi



mata dah terpejam,
telinga dah mendengar,
bibir dah bergetar,
minda dah berbahas,
akal dah terbuka,
semua itu telah terbentang,
melayan nafsu, kehendak serta kemahuan.
~ TETAPI aku masih KOSONG!

09 February 2011

PRIA SAKTI

Da lama aku tak mencarut-carut kt blog.
bukan tak ada masa tapi MALAS. hahaha
dalam beberapa waktu ni banyak hal yang jadi.
aku berada dalam bulatan yang panas...
tapi dengan adanya mereka semua (wannabeeyu),
aku jadi tabah.
paling tak sangka sekali ialah aku dilindungi dengan seseorang yang aku sgt xpercaya
dengan kebolehan dia 'membantu' aku.
....NUR LINA MASTURA...
aku tak tau nak cakap ape,
x pandai nak susun ayat untuk memuji dia..
yang pasti untuk seluruh kehidupan aku sekarang,
dialah PRIA SAKTI yang selalu menjaga aku =)

syg EDD banyak di DUNIA ini =)

04 January 2011

sekali lagi...

satu cerita yang aku sendiri sukar untuk terjemahkan...
bermula dari cerpen,aku panjangkan menjadi novel dan yang terbaru aku 
telah menjadikan BOLA MONTEL sbgai skrip lakon layar...
terima kasih kpd model yg juga merupakan peneraju utama dalam menghasilkan cerita ini...