20 February 2011

sekali sekala...

hari ni hari yg paling sempoi =)
bila aku beraksi nakal,
yang biasa akan jadi pelik.

VIDEO KLIP PARODY;

arahan ain chelsea
d.o.p ~ eeka azmi
konti ~ edd luigi dan miylo meow
prop ~ amirul yusof ( abe)
de making ~ memei moyiko

penari/pejoget/pegelek;

~tj bayu
~aku sendiri (asean iskandar) hahaha



10 February 2011

kebosanan membangkit emosi



mata dah terpejam,
telinga dah mendengar,
bibir dah bergetar,
minda dah berbahas,
akal dah terbuka,
semua itu telah terbentang,
melayan nafsu, kehendak serta kemahuan.
~ TETAPI aku masih KOSONG!

09 February 2011

PRIA SAKTI

Da lama aku tak mencarut-carut kt blog.
bukan tak ada masa tapi MALAS. hahaha
dalam beberapa waktu ni banyak hal yang jadi.
aku berada dalam bulatan yang panas...
tapi dengan adanya mereka semua (wannabeeyu),
aku jadi tabah.
paling tak sangka sekali ialah aku dilindungi dengan seseorang yang aku sgt xpercaya
dengan kebolehan dia 'membantu' aku.
....NUR LINA MASTURA...
aku tak tau nak cakap ape,
x pandai nak susun ayat untuk memuji dia..
yang pasti untuk seluruh kehidupan aku sekarang,
dialah PRIA SAKTI yang selalu menjaga aku =)

syg EDD banyak di DUNIA ini =)

04 January 2011

sekali lagi...

satu cerita yang aku sendiri sukar untuk terjemahkan...
bermula dari cerpen,aku panjangkan menjadi novel dan yang terbaru aku 
telah menjadikan BOLA MONTEL sbgai skrip lakon layar...
terima kasih kpd model yg juga merupakan peneraju utama dalam menghasilkan cerita ini...

29 December 2010

5 september 1988

tak ramai yang mampu menceritakan siapa diri mereka kepada semua...
termasuk saya.
menilai org melalui luaran mmg mudah tapi
utk mengenali seseorang dari dalaman adakalanya mengambil masa.
gaya bahasa,penampilan,cara berfikir dan mcm-mcm lg,semua tergolong dalam satu kelompok iaitu IDENTITI.
nm sebenar sy Nor Asean Bt Iskandar.
sy nk terbang tinggi,hidup bebas tapi
dalam masa yg sama,saya tak yakin.
sekarang sy sudah mula cuba berlari walaupun tak laju.
saya selalu berhenti-henti.Bukan sebab penat,tapi sebab saya
rasa saya harus toleh kejap kt belakang supaya sy tak lupa pada
asal usul saya....

~saya sgt menyayangi keluarga kecil saya dan saya sgt mencintai dia.Di sebabkan itu,sy mahu bawa mereka terbang sekali.Walaupun berat,sy akan dukung...

28 December 2010

pencarut terhebat

macam2 yg ada dalam otak,
segala anjakan mahupun unduran.
yang pasti,segala yang tersisa dan saki baki
masih ada untuk dirasai dengan segenapnya.
keadilan selalu direbut,untuk diguna pakai.
tapi yang hakiki tak pernah diutamakan.
manusia sering saja alpa....
dalam mendukung segala yang dicapai.
beban bukan lagi untuk dipikul,
tapi untuk dijadikan bahan dan misi utama
untuk menggapai apa yang direbut...

~ tak relevan

27 December 2010

LIMA perasaan SATU rasa

lalalalalalalalalal...
dah lama tak berjalan jauh macam ni.
hanya ada LIMA jumlah perasaan ketika ini;

1.Tenang
2.Senang
3.Bebas
4.Ringan
5.Kenyang ( makan dan lihat banyak stawberi smpai naik jemu dan nk termuntah)

kesemua perasaan ini bersamaan dengan satu rasa iaitu;

~ ENJOY~


ketenangan PLUS keboringan

hari ni jari-jemari ni laju pulak nak menulis sesuatu kat blog,
biasanya aku pemalas,harap je nak jadi penulis tapi pemalas nak taip.
aku dah balik kampung,hari kedua aku dah rasa boring.
mungkin sebab dah biasa dengan kebisingan di sekeliling.
biasanya kat hostel bangun je tido terus dengar suara-suara terpekik-pekik dari budak2 ni.
sekarang dah tak,bangun tido je ngadap muka adik aku yang x secomel aku ni.
huh.......
kat sana aku tenang.xde sape ganggu aku.tapi duk kt rumah ni satu je yang bes,
duk sini kerja aku cepat sikit siap.Mungkin sebab xde sape nak sembang dan ajak aku keluar kat sini.
haha.....
sekarang ni aku sibuk dengan novel awal remaja.Tinggal lagi beberapa helaian muka surat aje nak siap.Harap-harap bila dah siap,buku aku tu dapat diterbitkan...
buat kamu; doakan buku dari Asean Iskandar dapat diterbitkan ok... chow..

18 December 2010

blurrrr

Dah lama aku menghilang...
hari ni aku aku rasa sedikit bebas,puas dan lega.
sedar tak sedar aku dah habis sem satu...
tapi aku masih lagi kat sini,masih x balik2 kt kampung.
Tak tau nape sejak mulakan kehidupan kt sini aku rasa tenang..
mungkin ni dunia aku...
pape pun sekarang memang aku sibuk,sibuk nak mencipta satu lagi cerita.....
tunggu ok!

15 November 2010

bubucak?

Di penghujung waktu kuliah ni aku sering bergaduh dengan masa
tak sempat untuk berbicara seperti ini
helaian kertas dan batangan pen sering tak terlepas dari genggaman tangan
aku mencuri-curi masa untuk merasa bebas
berbual kosong dengan kalian memang permainan aku
apa yang aku harap sekarang hanya satu;

Moga aku cemerlang dan selesai dengan sempurna untuk peperiksaan buat pertama kalinya aku di ASWARA ini...amin...

tunggu aku!aku akan kembali untuk melakar ceritera baru buat kalian...