21 March 2011

harus diam atau tidak?

~ hari ni aku masih meneruskan kehidupan seperti biasa.
Pergi kelas, jumpa kawan-kawan, lepak sama2.
TAPI....
ada sesuatu yang membuat aku agk terkilan.
jarang aku seperti ini. Meluah dengan cara yang begitu pantas sebab aku tau, aku mampu
menyimpan RASA MARAH dengan baik dan rapi.
tapi kali ni aku kalah. Sekarang 21 march 2011, isnin 8:12 minit malam, aku dalam kelas.
melihat keadaan sekeliling yang padat dgn karenah kawan-kawan, sekaligus  membuatkan aku harus
memandang kepada suatu sudut.
 DIA...
dia bukan sesiapa.
bukan musuh.
bukan kawan.
bukan lawan.
tapi baru sebentar, dia telah membangkitkan emosi aku.
Setiap manusia di muka bumi ini sudah pasti pernah membuat satu kesilapan yg mereka
sendiri tidak sedari.
Bukankah hidup ini harus diberi RUANG dan PELUANG?
Kalau aku sekarang sudah tdk mengganggu dia,
mengapa dia harus menganggu aku?
mengapa hrus menjaja bicara ke sana ke mari?
sedang aku menutup baik segala yg BURUK tentang dia.
tidak pernah sekali terlintas untuk mengaibkan dia
kerana aku tahu menutup apa yang patut ditutup.
dan kerana aku tahu melindung segala yang harus dilindung.
segala yang pernah dia buat padaku,
telah jauh berkelana. Tiada sebarang unsur dendam.
Pandangan orang, aku tidak mampu menahan.
Pasti ramai yg menunding jari ke arah aku.
tak apa....
aku sentiasa memujuk hati sendiri agar tdk merajuk kerana aku tahu,
masih ramai yang berdiri kuat di pihakku.
mereka selalu menenangkan aku.
dan yang pasti buat si CINTA...
 Terima kasih kerana masih berada di sisi.
> buat kalian yg mengenali diri ini, aku masih seorang manusia biasa yg memerlukan petunjuk dan sokongan....~


 

No comments: