29 March 2011

semakIn meNcIntaI dunIa peNULisan

Hari ni ASWARA buat satu seminar.
seminar sastera pelbagai kaum anjuran FAKULTI PENULISAN.
Pagi2 lagi dah kena bangun, mengantuk gler.
dari malam tadi aku terikir, seminar macam ni mesti bosan.
masuk aje dalam dewan, kami diarah pulak untuk duk depan, fuh! xblh r nak cabut lari.
mata aku melilau2 cari budak2 lain.
sebenarnya aku bersemangat pergi seminar ni sebab nak tengok AIN, ABI ngan YIN main wayang kulit.
tapi last2 xdapat tengok =(
pandangan aku serta merta berubah lepas tu.
bila menteri2 datang dan bila suara SYAHIDATUL kedengaran sbgai pengacara majlis, aku terus tergamam.
best gler suara dia, mmg harus dipuji...
tak sangka FAKULTI PENULISAN buat seminar sehebat ini.
ada persembahan tarian, sajak, dan muzik.
tapi dalam tu semua, ada sesuatu yg membanggakan aku;
ucapan-ucapan dari mereka semua =)

ucapan dari Pengerusi PERSPEKTIF, En, Goh Hin San yang mengatakan;
' bidang penulisan adalah sesuatu bidang yang sunyi dan sepi. Tetapi bidang penulisan juga adalah satu bidang yang menyatukan pelbagai kaum dan budaya '
~ aku jadi bersemangat dengar setiap baris ayt yang diperkatakan. Walaupun tidak lancar sebutannya, tapi susunan ayat yang dilemparkan, sangat memberi kesan kepada aku dan juga para penonton yg hadir (melihat melalui tepukkan dan sorakkan).

Tak ketinggalan juga ucapan daripada YB DATO' SERI UTAMA DR. RAIS YATIM yang berucap dan siap bermadah-madah lagi =). Tiap kata-kata yang diucapkan begitu rapi sekali. Pandai dia membentuk segumpalan emosi kepada para hadirin. Buktinya dapat dilihat pada reaksi orang kebanyakkan. Dengan bangga dia menyatakan hasratnya yg tinggi menggunung itu terhadap ASWARA, seakan-akan  YB mengetahui perbicaraan isi hati kami sebagai warga baru dalam pentas penulisan sastera.

Hari ini, apa yang terkunci dalam hati kami sebagai penulis, seolah-olah telah dibentangkan kepada umum.
Dan aku pulak, akan terus mencari peluang mencuri masa agar dapat membina sejumlah naskah yg BERKUALITI  buat bacaan semua.

'Harus jujur dalam berkarya'

******doakan kejayaan aku.AMIN.....

No comments: